Wednesday, December 23, 2009

Mood Hujung Tahun

Salam Semua
Tak sampai 10 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun 2010. Begitu cepat masa berlalu dan bermacam-macam peristiwa telah berlaku sepanjang 2009, samada peristiwa yang sangat bermakna mahupon peristiwa yang hendak dilupakan terus dari ingatan.

Tahun 2010 menjanjikan lebih banyak cabaran serta dugaan kepada kita semua baik dari segi ekonomi, sosial serta politik di Malaysia. Kemana hala tuju kita semua? Bersatu kita teguh bercerai semestinya roboh.

Apakah azam serta cita-cita kalian semua? Samada mahu memantapkan lagi ekomoni keluar, memantapkan lagi prestasi pendidikan anak-anak bagi siapa yg mempunyai anak yang akan memasuki dan meneruskan alam persekolah, setelah bercuti selama lebih daripada sebulan.