Thursday, May 5, 2011

Part 3 jalan-jalan...


















































Hari ketiga, kitorang berjalan2 kat Cotswold, lebih kurang 2 jam naik kete dari Bristol///

Monday, May 2, 2011

Part 2




Hari pertama aku kat Bristol...jalan-jalan sekitar Bristol City....tangkap gambar dan lepak2...

Jalan-jalan UK n Paris April 2011































Part 1











3 April kami terbang dari KL ke Paris. Family vacation seramai 10 orang, 7 dewasa 2 kanak-kanak dan anak aku sorang, baby 8 bulan. Mencabar jugak bawak baby naik flight selama 13 jam, tahap kesabaran mmg perlu sentiasa terbaik utk melayan kerenah si kecik ni. Nasib baik flight pukul 1 pagi, mmg waktu tido....lega sikit sebab kita pon dapat tido jugak dalam flight. Tepat jam 900am kami sampai di Orly airport...perjalan seterusnya terbang ke Bristol UK daripada CDG Airport pada pukul 700pm. Cuaca di Paris pagi tu mmg sejuk...mmg rasa seronok sampai tempat orang....suasana dan budaya yang berbeza...Pukul 800pm kami selamat sampai di Bristol International Airport, Bristol UK. Kakak ipar aku serta familynya sedia menunggu ketibaan kami dari Paris....kami tinggal kat rumah dia di Clifton Road Bristol....


Part 2 aku akan kongsikan pengalaman selama 12 hari di UK....tempat-tempat yg aku pergi sampai ke Inverness/Loch Ness, Scotland...

Tuesday, November 16, 2010

Salam aidiladha 2010..

Syukur pada Ilahi...hari raya Aidiladha 2010 jatuh pada hari Rabu di Malaysia walaupon sesetengah negara telah meraikannya semalam. Mak dan ayah aku berada di Mekah menunaikan Haji..semoga mereka berdua memperoleh haji yg mabrur.

Pagi ini aku sekeluarga bangun awal...jam 530am semua sudah bangun. Siap solay Subuh kami sibuk kemaskan barang masukkan dalam kereta...tak ketinggalan juga anak ku Emir turut sibuk disiapkan oleh mama nya. kami bersiap sedia utk balik ke Muar..sambut raya haji kat sana..

Tepat jam 610am kami bertolak...alangkah nyaman dan segarnya memulakan perjalanan selepas subuh...cuaca dingin amat sesuai utk memandu...walaupon hanya 2 jam klebih dari KL ke Muar...aku tetap enjoy..sepanjang perjalanan, kereta pon tak byk...mmg selesa lah...

Kami selamat sampai di Muar pada pukul 745am. Sebaik sampai aku siap2 utk ke masjid bersolat sunat aidiladha. Macam2 makanan ada kat rumah...nasi beringin..tak semua org tau pasal nasi beringin...hehehe..

Sekarang waktu zuhur...aku nak solat dan bersiap2 ke Wetex, nak shooping sikit...

Sekian terima kasih...salam aidiladha semua

Thursday, November 11, 2010

Apa macam??


Mmg smart lah bila Alza pakai rim 17" lowered sikit...mmg mantap...

Knowledge Sharing Fair 2010 at PRC

Semalam, Khamis 11 Nov 2010....ada Knowledge Sharing Fair kat opis aku. Aku pon masuk Knowledge Sharing Hunt....ala2 treasure hunt la...dapat no.3 tu...tak sangka2 dari 15 kumpulan yg masuk...kumpulan aku boleh menang dpt no 3...syukur ...

Habislah 1 hari Khamis kat Knowledge Sharing Fair...

Ni cerita dalam perjalanan balik ke rumah...ada 1 kereta himpit kereta aku...aku pon kejar dia, aku bukak lampu n beam sekali...rupa-rupanya mamat tu penakut...bila aku dah cucuk angin belakang dia, nampak sgt yg dia bawak kereta tak tentu arah masa tu....adalah falsafah aku tersendiri kenapa aku buat macam tu...

Pagi jumaat yang dingin...

Pagi hari jumaat, hujan turun...bestnya kalo dapat sambung tido lepas solat Subuh..tapi apa kan daya kena pergi kerja cari rezeki...tak kerja takda duit...bila takda duit macam mana nak hidup...semua perlukan duit...

Bercerita ttg pagi Jumaat...semua antara kita sukakan hari Jumaat....kerana Sabtu dan Ahad kita bercuti hujung minggu. Bagi lelaki akan ke masjid utk solat jumaat...bagi perempuan waktu inilah mereka akan 'shopping dan shopping' selagi tak puas.....

Pelbagai peristiwa diceritakan akan berlaku pada hari Jumaat...Hari Kiamat!!!Sama-samalah kita semua mengingati pelbagai cerita tentang hari Jumaat...mungkin boleh dijadikan iktibar serta pedoman buat diri kita dan keluarga....

Sekian.....