Tuesday, November 16, 2010

Salam aidiladha 2010..

Syukur pada Ilahi...hari raya Aidiladha 2010 jatuh pada hari Rabu di Malaysia walaupon sesetengah negara telah meraikannya semalam. Mak dan ayah aku berada di Mekah menunaikan Haji..semoga mereka berdua memperoleh haji yg mabrur.

Pagi ini aku sekeluarga bangun awal...jam 530am semua sudah bangun. Siap solay Subuh kami sibuk kemaskan barang masukkan dalam kereta...tak ketinggalan juga anak ku Emir turut sibuk disiapkan oleh mama nya. kami bersiap sedia utk balik ke Muar..sambut raya haji kat sana..

Tepat jam 610am kami bertolak...alangkah nyaman dan segarnya memulakan perjalanan selepas subuh...cuaca dingin amat sesuai utk memandu...walaupon hanya 2 jam klebih dari KL ke Muar...aku tetap enjoy..sepanjang perjalanan, kereta pon tak byk...mmg selesa lah...

Kami selamat sampai di Muar pada pukul 745am. Sebaik sampai aku siap2 utk ke masjid bersolat sunat aidiladha. Macam2 makanan ada kat rumah...nasi beringin..tak semua org tau pasal nasi beringin...hehehe..

Sekarang waktu zuhur...aku nak solat dan bersiap2 ke Wetex, nak shooping sikit...

Sekian terima kasih...salam aidiladha semua

Thursday, November 11, 2010

Apa macam??


Mmg smart lah bila Alza pakai rim 17" lowered sikit...mmg mantap...

Knowledge Sharing Fair 2010 at PRC

Semalam, Khamis 11 Nov 2010....ada Knowledge Sharing Fair kat opis aku. Aku pon masuk Knowledge Sharing Hunt....ala2 treasure hunt la...dapat no.3 tu...tak sangka2 dari 15 kumpulan yg masuk...kumpulan aku boleh menang dpt no 3...syukur ...

Habislah 1 hari Khamis kat Knowledge Sharing Fair...

Ni cerita dalam perjalanan balik ke rumah...ada 1 kereta himpit kereta aku...aku pon kejar dia, aku bukak lampu n beam sekali...rupa-rupanya mamat tu penakut...bila aku dah cucuk angin belakang dia, nampak sgt yg dia bawak kereta tak tentu arah masa tu....adalah falsafah aku tersendiri kenapa aku buat macam tu...

Pagi jumaat yang dingin...

Pagi hari jumaat, hujan turun...bestnya kalo dapat sambung tido lepas solat Subuh..tapi apa kan daya kena pergi kerja cari rezeki...tak kerja takda duit...bila takda duit macam mana nak hidup...semua perlukan duit...

Bercerita ttg pagi Jumaat...semua antara kita sukakan hari Jumaat....kerana Sabtu dan Ahad kita bercuti hujung minggu. Bagi lelaki akan ke masjid utk solat jumaat...bagi perempuan waktu inilah mereka akan 'shopping dan shopping' selagi tak puas.....

Pelbagai peristiwa diceritakan akan berlaku pada hari Jumaat...Hari Kiamat!!!Sama-samalah kita semua mengingati pelbagai cerita tentang hari Jumaat...mungkin boleh dijadikan iktibar serta pedoman buat diri kita dan keluarga....

Sekian.....

Wednesday, November 10, 2010

Jalan-jalan Makan-makan

Jalan n makan. Salah satu hobi aku di hujung minggu atau bila2 ada waktu yg terluang.....mmg byk tempat makan yg menarik aku dah pergi....daripada tempat yg mahal sederhana dan berpatutan...daripada dalam KL sampailah ke Penang dan JB...semua konsep jalan-jalan makan-makan. Nak makan apa?masakan kampung, masakan melayu, western, tom yam dan seafood...semua ada n semua sedap-sedap belaka..
Boleh kata kalo kat KL/Selangor ni mmg syurga tempat makan la....cuma sedap atau tak tu yg belum tentu. Environment n setting tempat tu juga perlu utk naikkan mood kita utk berkunjung lagi ke situ.
-Le Cheteau de Puah di Jalan Gombak mmg menarik...makanan pon sedap...
-Tasik Idaman dekat Bangi mmg menarik makanan pon besttttt...sambil makan tepi tasik..wow......sambung part 2

Wan Emir Ilham


buah hati permata hati....

mencorak hari esok merancang masa depan....

apa makna mencorak apa pula maksud merancang???setiap individu takkira tua atau muda punya perspektif tersendiri terhadap sesuatu perkara mahupun sesuatu isu. mahu tidak mahu semua individu harus mencorak dan juga merancang...agar segala yg mendatang dapat dihadapi dan dilalui dgn hati yg tenang lagi lancar...

untuk apa kita mencorak untuk apa pula kita harus merancang? pendapat kalian bagaimana....tersurat mahupun tersirat semua punya definasi tersendiri....dalam hidup ini semua perkara harus kita rancang dan tidak semua perkara kita perlu mencorak....adakah anda faham apa yg ingin diperkatakan di sini....

begitulah kita manusia dalam menghadapi kehidupan di dunia ini...tidak lupa juga kehidupan akan datang di akhirat...semuanya kita perlu corakkan dan rancangkan. tiada perancangan yg baik, maka tiadalah hasil yang baik...cara hidup kita harus dicorakkan ke arah perkara baik dan positif...insyaAllah kita akan sentiasa berada di dalam keberkatanNYA>>>>

jangan lah terkapai2 di dunia tanpa perancangan .....jgnlah lupa mencorakkan kehidupan ke arah kejayaan....